Semua Program Kolej Islam Darul Ridzuan
Telah Mendapat Pengiktirafan Akreditasi Penuh Daripada Lembaga Akreditasi
Negara (LAN). Program-Program Yang Telah Diluluskan Adalah Terdiri Daripada
Diploma Syariah, Diploma Bahasa Dan Kesusteraan Arab, Diploma Usuluddin, Diploma
Teknologi Maklumat, Diploma Perakaunan Dan Diploma Perbankan Dan Kewangan
Islam. Program-Program Tersebut Juga Telah Diktiraf Oleh Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia Dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Program Pengajian
Islam Iaitu Diploma Syariah, Diploma Bahasa Dan Kesusasteraan Arab Dan Diploma
Usuluddin Juga Telah Diiktiraf Oleh Universiti-Universiti Di Timur Tengah.
Pelajar-Pelajar Lulusan Diploma Tersebut Juga Layak Memasuki Ke Tahun Akhir
Bagi Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Di Universiti
Tersebut. Universiti-Universiti Di Jordan Juga Telah Memberi Pengiktirafan
Kepada Graduan Secara Pemindahan Kredit Ke Universiti Yarmouk, Universiti
Mu’tah, Universiti Al Ba’it Dan Universiti Hasyimiyyah.
Mulai tahun pengajian Jun, 2006 Kolej Islam
Darul Ridzuan telah berusaha meningkatkan mutu kuliah pengajaran dan pembelajaran
dengan membawa beberapa profesor jemputan bagi membantu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di kolej islam darul ridzuan. Di antara profesor yang telah
dijemput bagi memantapkan kualiti pengajaran adalah terdiri daripada ………
selain daripada itu kolej islam darul ridzuan juga telah menubuhkan beberapa
panel bagi memastikan kualiti kursus-kursus pengajian di kolej islam darul
ridzuan. Antara panel jawatankuasa yang ditubuhkan adalah terdiri daripada
panel penasihat akademik, panel semakan soalan dan pemeriksa luar. Kesemua
ahli panel yang dilantik adalah terdiri daripada profesor-profesor daripada
universiti tempatan.