DIPLOMA KOMUNIKASI ISLAM
PENDAHULUAN

Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil.3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan PerakĀ  pada 6 MacĀ  2002.
Kolej Islam Darul Ridzuan ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya. Ia juga merupakan satu kesinambungan sistem pendidikan Islam yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

TEMPOH PENGAJIAN
3 tahun (6 semester)

SYARAT KEMASUKAN
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris / Bahasa Arab; Atau

ii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian yang berpatutan dengan hanya RM 1000 bagi satu semester.

JADUAL YURAN PENGAJIAN