DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH
PENDAHULUAN
Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil.3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mac 2002.
Kolej Islam Darul Ridzuan ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya. Ia juga merupakan satu kesinambungan sistem pendidikan Islam yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
TEMPOH PENGAJIAN
3 tahun (6 semester)
SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 3 kepujian atau kelulusan yang setaraf dengannya.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian yang berpatutan dengan hanya RM 1000 bagi satu semester.
JADUAL YURAN PENGAJIAN
PENGIKTIRAFAN
Dalam Negara:
Semua pemegang Diploma Syariah Islamiyyah Kolej Islam Darul Ridzuan layak untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti tempatan.
Luar Negara:
Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di:
- University of Cairo, Mesir
- University of Jordan
- University Yarmouk
- University Mu’tah
- University Ahlu Al-al Bayt
- University Hashimiyyah, Jordan
- University Mohammad, Rabat, Morrco
- Institut Agama Islam Negeri Sumatra Utara, Medan(IAIN)
- Universitas Panca Budi
- Universitas Medan Area
Diploma Syariah Islamiyyah Kolej Islam Darul Ridzuan telah mendapat Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) turut memberi pengiktirafan kepada Diploma Syariah Islamiyyah Kolej Islam Darul Ridzuan setaraf dengan Diploma Syariah Islamiyyah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam.
OBJEKTIF
Kursus Diploma Syariah Islamiyyah yang ditawarkan mempunyai beberapa objektif iaitu:
- Menyediakan pelajar dengan asas yang mantap dalam syariah berkenaan dalam sumber-sumber hukum, metodologi hukum dan perbendaharaan fiqh.
- Melahirkan graduan separa profesional dalam bidang syariah seiring dengan keperluan masyarakat dan negara.
- Membina sahsiah dan jati diri pelajar yang mampu mengintegerasikan ilmu dunia dan akhirat.
SUBJEK MAJOR DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH (KR 9460)
BIL |
NAMA MATA PELAJARAN |
1. |
Tarikh Al-Tashri |
2 |
Usul al-Fiqh I |
3. |
Usul al-Fiqh II |
4. |
Usul al-Fiqh III |
5. |
Fiqh al-Ibadat |
6. |
FiqhA l-Muamalat |
7. |
Fiqh Al-Kitab I |
8. |
Fiqh Al- Kitab II |
9. |
Fiqh Al- Kitab III |
10. |
Fiqh Al-Sunnah I |
11. |
Fiqh Al-Sunnah II |
12. |
Fiqh Al-Sunnah III |
13. |
Fiqh Al-Jinayat |
14. |
Al-Fiqh al-Muqaran I |
15. |
Al-Fiqh al-Muqaran II |
16. |
Al-Fiqh al-Muqaran III |
17. |
Fiqh al-Munaqahat |
18. |
IIm al-Mirath I |
19. |
IIm al-Mirath II |
20. |
Al-Siasah al-Shariyyah |
21. |
Al-Muamalat al-Muasirah |
22. |
Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah |
