




| :: Mukadimah |
| :: Objektif |
| :: Penyertaan |
| :: Skop |
| :: Tema |
| :: Syarat-Syarat |
| :: Tarikh Penting |
| :: Pendaftaran |
| :: Peta Lokasi |
| :: Penempatan |
| :: Hubungi Kami |
MUKADIMAH
Menoleh ke arah kegemilangan Islam yang lampau bukan bererti menangisi di atas apa yang telah berlaku tetapi menghalusi peranan Islam yang telah berupaya menghasilkan satu kegemilangan namun menyoroti rentak kegagalan adalah satu keperluan bagi mengawasi perjalanan ketika mencari kembali sinar kegemilangan yang hilang malah ianya merupakan satu tuntutan yang sama pentingnya dengan tuntutan fardu ain.
Hari ini pendekatan ketamadunan adalah satu usaha memberi anjakan kepada masyarakat Islam dan diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dan memperbetulkan pandangan mereka mengenai matlamat kehidupan mereka di muka bumi ini. Setiap usaha di dalam apa jua bidang yang didasari pandangan yang betul dan tepat di sisi agama maka pembabitan dalam bidang yang diceburi mampu memberikan anjakan bagi mencapai kegemilangan ketamadunan Islam.
Namun kegemilangan ketamadunan tidak boleh diwarisi oleh generasi berikutnya tanpa melakukan apa – apa kerana ianya perlu dijaga demi mengelak dari merosot dan runtuhnya ketamadunan tersebut, oleh itu jangkaan dan ramalan dari pelbagai bidang di masa hadapan diperlukan bagi melakukan persediaan menghadapi cabaran yang mendatang. Justeru itu, sekretariat Seminar Ketamadunan Islam Kolej Islam Darul Ridzuan akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Ketamadunan Islam (ISCIS) yang melihat ketamadunan dahulu, kini dan akan datang dari kacamata pelbagai bidang seperti agama, politik, pendidikan, sosial, ekonomi, bahasa, kesenian, pengurusan, kaunseling, sains dan teknologi.

SEMINAR
ANTARABANGSA
KETAMADUNAN ISLAM
Tema:
Islam Teras
Ketamadunan Dunia
Masa Hadapan
Tarikh:
9 – 10 Julai 2008
6 – 7 Rejab 1429
Tempat:
Kolej Islam
Darul
Ridzuan
Kuala
Kangsar
Anjuran: Kolej
Islam
Darul Ridzuan
Hak Cipta Terpelihara © 2006 Kolej Islam Darul Ridzuan
Web Master
.....Klik disini>>JADUAL ISCIS