Aktiviti Pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan
  • FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PERAK
    Bertempat di Dewan Serbaguna, Kolej Islam Darul Ridzuan, telah diadakan Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Kolej Islam Darul Ridzuan. Sebanyak 7 kumpulan telah bertanding pada peringkat saringan dan hanya 6 kumpulan yang berjaya bertanding di peringkat akhir. Pertandingan tersebut telah dimenangi olehpasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Bota.

 
  • MAJLIS PENERANGAN & DEMONSTRASI
    Majlis Penerangan Seni Silat Cekak Malaysia serta demonstrasi yang bertempat di Dewan Serbaguna, Kolej Islam Darul Ridzuan. Majlis ini telah dikelola oleh Ahli Jawatankuasa Penaja serta Ahli Jawatankuasa Bantuan dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Antara jemputanyang hadir ialah Yang Dipertua PSSCM Cawangan Perak, En. Abdul Halim bin Saad, Penyelia Kelas Latihan KISDAR, En. Arif bin Mohd Zainudin dan Pegawai Penerangan Silat Cekak, Komander Roslizan bin Ahmad Mahidin. Majlis tersebut dihadiri oleh seluruh pelajar Kolej, dan sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakkan.

 
  • PROGRAM KEM MODAL INSAN KELAB STEADFAST
    Kelab Steadfast, Kolej Islam Darul Ridzuan telah menganjurkan Kem Pembangunan Modal Insan III bertempat di Kem Tanjung Harapan, Tasek Chenderoh, Sauk, Kuala Kangsar.Program bermula apabila para peserta dibawa ke kem pada pukul 10.30 pagi dan tiba pada pukul 12.30 tengahari. Keseluruhan peserta program berjumlah 27 orang, 15 orang peserta perempuan, 12 orang peserta lelaki dan 11 orang dari AJK Kelab Steadfast, serta turut diiringi oleh 2 orang pensyarah KISDAR. Antara pengisian yangdilaksanakan adalah ceramah yang berkisar tentang tafakur dan aplikasinya, membakar lemang dan barbeku pada slot jamuan raya dan turut mengadakan majlis perpisahan untuk Penasihat 1, Ustaz Hamdi Rahman. Pada hari berikutnya, slot qiamullail, jungle tracking dan berakit diadakan dan menjadi slot yang paling menarik dianjurkan sepanjang program ini. Program tamat pada pukul 4.00 petang.

 
  • ANNUAL DINNER PERSATUAN PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM
    Bertempat di EJ Steak House Kuala Kangsar, Persatuan Perbankan Dan Kewangan Islam, Kolej Islam Darul Ridzuan telah mengadakan Annual Dinner untuk meraikan pelajar–pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian mereka di Kolej Islam Darul Ridzuan.
    Seramai 80 orang pelajar dari Fakulti Perbankan Dan Kewangan Islam dan beberapa orang pensyarah telah menjayakan program ini. Antara pensyarah yang hadir bagi menjayakan program tersebut ialah Dekan Fakulti Perbankan Dan Kewangan Islam, Encik Tajul Azli Bin Sahadan, Penasihat Persatuan, Cik Anizhidayu Bt Mohd Nazri, kesemua pensyarah dari Fakulti Perbankan, Fakulti Perakaunan dan beberapa orang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam. Acara dimulakan dengan pendaftaran pelajar.
    Setelah menyampaikan kata-kata aluan, pengerusi majlis telah menjemput Pengerusi Persatuan, Cik Sallena Binti Sawi untuk menyampaikan ucapan. Majlis yang sangat bermakna ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti, Encik Tajul Azli Bin Shahadan dengan memotong kek sambil diiringi oleh beberapa orang pelajar tahun akhir.