



Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia
Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia terdapat 4 unit utama iaitu:-
Unit Perhubungan Awam dan Pengurusan Pejabat
Unit Perjawatan dan Displin Kakitangan
Unit Latihan (Pusat Latihan Pengurusan Sumber Manusia)
Unit Perladangan dan Korporat
Unit Perhubungan Awam dan Pengurusan Pejabat
Fungsi :
Perhubungan Awam - sebagai jurucakap kolej, menguruskan alat komunikasi
kolej, urusan mesyuarat majlis bersama jabatan, promosi kolej dan galeri
kolej.
Pengurusan Pejabat - urusan pentadbiran am kolej, urusan surat menyurat
kolej, urusan fail jabatan, urusan mesyuarat lembaga pengarah, urusan
mesyuarat pengurusan dan urusan arkib kolej.
Unit Perjawatan dan Displin Kakitangan
Fungsi :
Perjawatan - Pengambilan kakitangan, perancangan pengambilan, justifikasi
perjawatan, pengiklanan pengambilan kakitangan, temuduga, pelantikan
kakitangan, penyediaan rekod perkhidmatan, mesyuarat panel pengurusan sumber
manusia dan urusan fail sulit peribadi kakitangan.
Disiplin Kakitangan - Kehadiran kakitangan, cuti kakitangan, disiplin
kakitangan, kenaikan pangkat, anugerah kecemerlangan, penilaian prestasi
kakitangan, panel klinik, takaful kakitangan dan segala urusan kelulusan
pinjaman kakitangan.
Unit Latihan (Pusat Latihan Pengurusan Sumber Manusia)
Fungsi :
Unit Latihan - Penyimpanan rekod latihan kakitangan, perancangan latihan
kakitangan, menghantaran kakitangan berkursus, induksi khusus, induksi umum
dan lain-lain kursus dan latihan yang berkaitan dengan kakitangan.
Pusat Latihan Pengurusan Sumber Manusia - Penyediaan tempat latihan,
penyediaan kurikulum latihan, perancangan latihan, matrik latihan,
kompentensi latihan, penyediaan risalah latihan, penceramah, penginapan,
makanan dan minuman semasa latihan, jadual latihan dan urusan semasa latihan.
Unit Perladangan dan Korporat
Fungsi :
Perladangan - urusan mendapatkan geran, urusan mendapatkan tanah, urusan
mengukur tanah, urusan mengeluarkan hasil hutan, urusan penanaman kelapa
sawit, urusan mendapatkan kewangan bagi tanaman kelapa sawit, urusan
penubuhan syarikat perladangan dan urusan kawalan kepada syarikat
perladangan bagi pihak kolej, urusan mendapatkan hasil keuntungan
perladangan bagi pihak kolej.
Korporat - urusan penubuhan syarikat-syarikat sampingan, urusan hiliran
tanah kolej dan hasil perladangan kolej.
Jabatan Kemasukan, Rekod dan Teknologi Maklumat
Jabatan Kemasukan, Rekod dan Teknologi Maklumat mempunyai 3 unit utama iaitu :
Unit Kemasukan dan Rekod
Unit Teknologi Maklumat
Unit Kemasukan dan Rekod
Fungsi :
Kemasukan - menguruskan pengiklanan pengambilan pelajar, urusan memproses
pengambilan pelajar, tawaran kemasukan pelajar, pendaftaran pelajar baru,
taklimat ibubapa semasa hari pendaftaran dan penyediaan fail rekod pelajar.
Rekod - memasukkan data pelajar baru, mengemaskini data pelajar, pengeluaran
diploma pelajar, pengeluaran transkrip pelajar, pengurusan konvokesyen
pelajar, pengurusan penghantaran pelajar ke timur tengah dan pengurusan
alumni pelajar.
Unit Teknologi Maklumat
Fungsi :
Perolehan - Menguruskan segala perolehan yang berkaitan dengan komputer dan
peralatan audio visual, penyediaan spesifikasi, pengawalan pemasangan
peralatan dan terimaan pesanan.
Selenggaraan - Menyelenggara seluruh komputer dan peralatan audio visual
secara berjadual dan membuat semakan pembaikan peralatan komputer dan audio
visual dan mengemaskini portal jabatan.
Networking - Menyelenggara semua networking komputer jabatan, internet,
e-mail jabatan dan sebagainya.
Sistem Maklumat - Menyedia perisian sistem maklumat jabatan, mengawalselia
sistem maklumat jabatan, menguruskan pengeluaran rekod-rekod berkaitan
sistem maklumat jabatan dan menguruskan back-up sistem maklumat jabatan.
Jabatan Pembangunan mempunyai 3 unit utama iaitu :
Unit Pembangunan
Unit Kenderaan
Unit Keselamatan
Unit Pembangunan
Fungsi :
Pembinaan - Menguruskan urusan pembinaan bangunan-bangunan, pembinaan
tambahan bangunan, paip air, eletrik, longkang dan pembentungan.
Selengaraan - Menguruskan urusan selenggaraan bangunan, eletrik, air,
hawa dingin, serangga, pewangi, sanitary bin dan sebagainya.
Kebersihan - Menguruskan urusan kebersihan dalam pejabat dan luar pejabat,
lanskap, kantin dan termasuk kesihatan premis-premis makanan dan kerja-kerja
am yang lain.
Sewaan - Menguruskan segala urusan sewaan bangunan daripada
syarikat-syarikat luar, perjanjian sewaan dan bayaran sewaan.
Unit Kenderaan
Fungsi :
Selengaraan - Menguruskan urusan petrol, kad touch and go, buku log
kenderaan, kebersihan kenderaan, penghantaran selenggaraan berjadual dan
keselamatan kenderaan.
Penggunaan - Menguruskan jadual perjalanan kenderaan dan penggunaan
kenderaan.
Unit Keselamatan
Fungsi :
Keselamatan - Menguruskan urusan keselamatan keluar masuk kenderaan,
keselamatan bangunan, keselamatan harta dalam bangunan dan keselamatan
kakitangan dan pelajar kolej.
:: Pengenalan
|
||||||
:: Pentadbiran
|
||||||
| :: Akademik | ||||||
:: Hal Ehwal Pelajar
|
||||||
:: Perpustakaan
|
||||||
:: Kemudahan
|
||||||
:: Galeri
|
||||||
:: Alumni Kolej
|
||||||
:: Konvokesyen
|
||||||
:: Hubungi Kami
|
