Perpustakaan Kolej Islam Darul Ridzuan mula
beroperasi pada tahun 1999 dan bertindak sebagai organisasi sokongan terhadap
pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar dan kakitangan di Kolej ini. Matlamat
utama penubuhan perpustakaan ini ialah untuk mewujudkan warga kolej yang berpengetahuan,
berilmu dan bermaklumat sejajar dengan misi dan wawasan kolej iaitu Berilmu,
Beriman, Beramal dan Berehsan.
Perpustakaan Kolej Islam Darul Ridzuan secara
umumnya, telah menyediakan berbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada para
penggunanya untuk membuat rujukan dengan selesa seperti, bilik komputer, internet,
bilik audio visual, Pencarian Maklumat Atas Talian (OPAC), peminjaman/pemulangan
bahan dan sebagainya. Koleksi Perpustakaan Kolej Islam Darul Ridzuan pula
merangkumi perbagai bidang di dalam format bercetak dan tidak bercetak yang
bersesuaian dengan program dan kursus yang ditawarkan di kolej.
Seperkara yang menarik, Perpustakaan Kolej
Islam Darul Ridzuan telah beroperasi sepenuhnya menggunakan satu sistem perpustakaan
yang dinamakan ILMU (Integrated Library Management Utility) bagi melancarkan
segala urusan pentadbiran dan perkhidmatan.