DIPLOMA PERAKAUNAN
PENDAHULUAN

Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil.3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak  pada 6 Mac  2002.
Kolej Islam Darul Ridzuan ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya. Ia juga merupakan satu kesinambungan sistem pendidikan Islam yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

TEMPOH PENGAJIAN
3 tahun (6 semester)

SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 3 kepujian atau kelulusan yang setaraf dengannya.

YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian yang berpatutan dengan hanya RM 1000 bagi satu semester.

JADUAL YURAN PENGAJIAN

PENGIKTIRAFAN
Semua pemegang Diploma Perakaunan Kolej Islam Darul Ridzuan layak untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti tempatan.
Diploma Perakaunan Kolej Islam Darul Ridzuan telah mendapat Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) turut memberi pengiktirafan kepada Diploma Perakaunan Kolej Islam Darul Ridzuan setaraf dengan Diploma Perakaunan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam.

OBJEKTIF
Objektif Diploma Perakaunan ialah bagi melahirkan graduan-graduan bertaraf separa profesional di dalam bidang perakaunan seiring dengan keperluan negara dan mengembangkan ilmu perakaunan melalui pengajaran dan pada masa yang sama mereka mempunyai latar belakang agama yang baik untuk memanfaatkan di dalam dunia dan akhirat secara seimbang. Mereka juga mempunyai asas yang kuat bagi membolehkan mereka menceburi profesyen pekerjaan samada perakaunan swasta mahupun kerajaan, di mana mereka dijangka mampu menunjukkan kefahaman tentang konsep, istilah dan prinsip-prinsip berhubung dengan penyediaan laporan kewangan serta berupaya  untuk mentafsir maklumat-maklumat dalam penyata kewangan bagi membantu di dalam penyediaan dan penggunaan penyata kewangan.

SUBJEK MAJOR DIPLOMA PERAKAUNAN (KR 9461)


BIL

NAMA MATA PELAJARAN

1.

Pengantar Perakaunan

2

Perakaunan Kewangan I

3.

Perakaunan Kewangan II

4.

Perakaunan Syarikat I

5.

Perakaunan Syarikat II

6.

Perakaunan Kos

7.

Perakaunan Pengurusan

8.

Undang-Undang Perniagaan

9.

Undang-undang Syarikat dan Perkongsian

10.

Pengauditan

11.

 Pengantar Percukaian

12.

Percukaian di Malaysia

13.

Latihan Industri

14.

Prinsip Ekonomi

15.

Sistem Maklumat Perakaunan

16.

Teori Perakaunan

17.

Pengantar Pemasaran

18.

Statistik Perniagaan

19.

Pengurusan Kewangan

20.

Kelakuan Organisasi

21.

Sistem Ekonomi Islam

22.

Pengantar Pengurusan

23.

Matematik Pengurusan

24.

Bahasa Kebangsaan B ( Pelajar Malaysia non cr BM)

25.

Pengajian Malaysia

26.

Pengajian Islam

27.

Academic English

28.

Communication English

29.

English For Business