DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENDAHULUAN
Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil.3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mac 2002.
Kolej Islam Darul Ridzuan ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya. Ia juga merupakan satu kesinambungan sistem pendidikan Islam yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
TEMPOH PENGAJIAN
3 tahun (6 semester)
SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 3 kepujian atau kelulusan yang setaraf dengannya.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian yang berpatutan dengan hanya RM 1000 bagi satu semester.
JADUAL YURAN PENGAJIAN
PENGIKTIRAFAN
Semua pemegang Diploma Teknologi Maklumat Kolej Islam Darul Ridzuan layak untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti tempatan.
Diploma Teknologi Maklumat Kolej Islam Darul Ridzuan telah mendapat Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) turut memberi pengiktirafan kepada Diploma Teknologi Maklumat Kolej Islam Darul Ridzuan setaraf dengan Diploma Teknologi Maklumat dari Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam.
KOMPONEN KURIKULUM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kolej Islam Darul Ridzuan menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat kepada calon-calon yang berminat dan berkelayakan. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pemahaman dalam bidang komputer dan teknologi maklumat. Kursus ini membekalkan pengetahuan khusus dan pemahaman tentang pengetahuan ICT dan teknologi maklumat terkini secara menyeluruh.
SUBJEK MAJOR DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (A 9559)
BIL |
NAMA MATA PELAJARAN |
1. |
Aplikasi Komputer |
2 |
Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat |
3. |
Pengaturcaraan 1 |
4. |
Pengaturcaraan 2 |
5. |
Sistem Pengurusan Pengkalan Data |
6. |
Antara Muka Manusia dan Komputer |
7. |
Analisa dan Reka Bentuk Sistem |
8. |
Pembangunan Sistem Pengkalan Data |
9. |
Sistem Pengoperasian |
10. |
Komunikasi Data dan Rangkaian |
11. |
Teknologi Maklumat dan Masyarakat |
12. |
Pembangunan Mulitimedia |
13. |
Pengaturcaraan Internet |
14. |
Pengurusan Sistem Maklumat |
15. |
Projek 1 |
16. |
Projek 2 |
17. |
Penyelenggaraan Komputer |
18. |
Etika Dalam Teknologi Maklumat |
