



Unit Perolehan
Unit ini bertanggungjawab untuk menguruskan penyemakan dan pemilihan bahan perpustakaan daripada pelbagai bidang perkara dan format daripada peruncit, pengedar dan penerbit melalui penilaian katalog, ‘Books on Approval’, pameran dan Katalog Dalam Talian (Online Catalogue) yang terkini.
Unit Pengkatalogan Dan Pengkelasan
Unit ini bertanggungjawab di dalam mengkatalog dan mengkelas bahan-bahan perpustakaan mengikut piawaian perpustakaan yang diterima pakai oleh perpustakaan di seluruh dunia dan menjalankan kerja-kerja memproses bahan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak perpustakaan.
Unit Sirkulasi (Peminjaman Dan Pemulangan)
Unit ini bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan termasuk Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan.
Unit Sumber Rujukan
Unit ini bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja rujukan dan menyediakan maklumat kepada semua perkhidmatan perpustakaan dan warga kolej agar maklumat terkini dapat diperolehi dari masa ke semasa.
Unit Media
Unit ini bertanggungjawab merancang dan mengurus perkhidmatan AV kepada warga kolej termasuk mengendalikan peralatan, pemilihan bahan, khidmat nasihat, pengunaan peralatan dan pemuliharaan bahan AV.
Unit Serial
Unit ini bertanggungjawab merancang, menyusun
dan mentadbir semua kerja berkaitan dan perkembangan koleksi terbitan bersiri
merangkumi pemesanan, langganan, penerimaan, tuntutan dan kelulusan bayaran
bagi terbitan bersiri terkini dan kebelakangan.
:: Pengenalan
|
||||||
:: Pentadbiran
|
||||||
| :: Akademik | ||||||
::
Hal Ehwal Pelajar
|
||||||
::
Perpustakaan
|
||||||
::
Kemudahan
|
||||||
::
Galeri
|
||||||
::
Alumni Kolej
|
||||||
::
Konvokesyen
|
||||||
::
Hubungi Kami
|
